top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

Bantuan Kewangan Segera PEKA (BKS)

BKS merupakan bantuan One-off tanpa birokrasi kepada setiap keluarga pesakit yang dikenalpasti. Bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM200.00 bagi meringankan beban ahli keluarga semasa mendapat rawatan di Hospital USM. Bantuan boleh disalurkan melalui akaun: 

 

Bank Islam Malaysia Bhd. :  0301 8010 1438 58.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN SEGERA TAHUN 2016   (JAN -NOV)

SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN SEGERA TAHUN 2015 (APRIL-OGOS)

PENYERAHAN WANG SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ARWAH HISTAM

 

Susulan daripada makluman kutipan derma oleh “Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM” untuk membantu adikMohd Histam Bin Husin yang diadakan melalui laman web Jabatan Pediatrik bertarikh 5 September 2010. Untuk makluman, adik Mohd Histam kembali ke Rahmatullah pada 5 September 2010 di HUSM.

 Alhamdulillah Pada 7 Oktober 2010, beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa PEKA telah sempat melakukan kunjungan ziarah ke rumah arwah Histam di Kampung Cak Rimau, Tanah Merah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan wang sumbangan daripada warga USM Kampus Kesihatan berjumlah RM1000 bagi mengurangkan beban keluarga arwah.  Ibu arwah Histam mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu keluarga beliau.  Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu beliau menguruskan majlis tahlil kepada arwah dan juga menyara persekolahan 3 lagi anak beliau.

Kutipan Tabung PEKA juga masih diteruskan untuk mendapat sumbangan orang ramai bagi meneruskan program seumpama ini kepada pesakit-pesakit lain yang memerlukan pada masa-masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat  terus ke akaun PEKA melalui Cash Deposit  Bank Islam Malaysia Berhad  (No. Akaun: 0301-8010-1438-58) atau melalui cek yang dibayar kepada “Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM”

 

 

 

 

 

SUMBANGAN KEPADA PESAKIT KANAK-KANAK SAFIRA DAHLIA MOHD ARIFFIN

Tarikh Lawatan : 2 Ogos 2011

Lokasi: Cabang 4 Cherang, Kota Bharu, Kelantan

 

bottom of page