top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

Program Pelaburan PEKA 

Program Pelaburan Jangka Panjang PEKA 

SAHAM AKHIRAT PEKA


Program pelaburan PEKA merupakan satu inisiatif persatuan untuk menjana dana tambahan jangka panjang (5 tahun ke atas). Hasil persetujuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2020, PEKA telah membuat pelaburan berjumlah RM50,000.00 melalui Public Mutual Berhad pada 25 Oktober 2021. Jawatankuasa PEKA juga telah melantik Dr. Mohd Rizal Mohd Zain dan Prof Madya Dr Ariffin Nasir untuk memantau perkembangan pelaburan tersebut dan untuk memberi khidmat nasihat kepada AJK PEKA. Untuk pengetahuan ,kedua2 AJK Pelaburan PEKA bukan Agen Public Mutual untuk PEKA ie tiada keuntungan peribadi di atas pelaburan PEKA tersebut. 

​

Pada bulan Oktober 2022, Mesyuarat AJK PEKA juga telah bersetuju untuk mengadakan program promosi secara berkala kepada para dermawan samada ahli atau bukan ahli PEKA untuk menderma khusus kepada Tabung Pelaburan PEKA ini.

​

Sumbangan  Derma boleh dilakukan secara one off atau berkala untuk PEKA kumpulkan sebagai tambahan bulanan/berkala kepada pelaburan jangka Panjang yg sediada  ini . Segala keuntungan daripada pelaburan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan bantuan kepada pesakit kanak-kanak di bawah program PEKA Hospital USM.Sumbangan bukan untuk keuntungan kepada individu yg menyumbang.

​

Sumbangan kepada Tabung Pelaburan PEKA boleh dibuat melalui akaun :

Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak Hospital USM 
Bank Simpanan Nasional 
No Akaun : 0300 341000 117950
Ref: “Tabung Pelaburan PEKA”. 


Whatsapp slip sumbangan kepada Bendahari PEKA untuk pemantauan 
En Faris Irfan Hp  : 0139584024. 

https://pekahusm.wixsite.com/peka

​

Selamat Melabur Dan Menjana Saham Akhirat!

​

​

​

bottom of page