top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

RIANG RIA RABU

 

Apa itu Riang Ria Rabu?

'Riang Ria Rabu' adalah satu program mingguan inisiatif Jabatan Pediatrik Universiti Sains Malaysia yang mula diperkenalkan pada Julai 2010 bertujuan memberi sokongan berbentuk psikososial kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Kelantan. Program yang diilhamkan oleh Ketua Jabatan Pediatrik - Prof. Hans Van Rostenberghe dan digerakkan oleh pensyarah-pensyarah serta kakitangan sokongan dijabatan yang sama diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah berjaya menghiburkan kanak-kanak termasuklah 'story-telling', teka-teki, nyanyian, 'chicken dance', mewarna, melukis, dan sebagainya.

 

Bila dan siapa kanak-kanak terlibat?

Setiap hari Rabu, jam 2:30 - 3:30 petang (1 jam) di Pusat Sumber II Tingkat 7, HUSM. Kanak-kanak adalah pesakit dari wad onkologi (6U), wad perubatan (6S) dan wad pembedahan (2S) yang mempunyai tahap kesihatan yang stabil, berminat dan mampu untuk turut serta.

 

 

Siapa yang layak menjadi sukarelawan?

 

Sesiapa sahaja boleh turut serta sebagai sukarelawan untuk mengetuai (in-charged) program ini secara ‘one-off’ atau berkala - asalkan mempunyai minat untuk berinteraksi dan menggembirakan kanak-kanak. Sukarelawan dari pelbagai bidang telah datang menyertai program ini - seperti pensyarah universiti, pustakawan, jururawat terlatih, guru pelatih, pelajar perubatan dan psikologi, pelatih terapi carakerja, pelajar kejururawatan, dan banyak lagi. Sukarelawan boleh datang secara berkumpulan atau individu.

 

Apa yang perlu dilakukan?

 

Sukarelawan yang berminat perlu menyediakan cadangan ringkas aktiviti bersesuaian yang akan dilaksanakan semasa program disamping menyumbangkan tenaga, kreativiti, masa, dan sedikit modal kewangan (i.e hadiah-hadiah kecil, makanan atau ‘goodie bag’) untuk kanak-kanak yang hadir. Sebelum program, sukarelawan perlu mendapatkan tandatangan ibubapa tanda keizinan menyertai program (Borang 1: Borang Keizinan). Selepas program, sukarelawan perlu mengisi (Borang 2: Borang Kehdiran Sukarelawan) dan perlu mengedarkan dan memungut semula borang penilaian program (Borang 4: Borang Penilaian) serta mengisi borang laporan ringkas aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut (Borang 3: Borang Laporan Ringkas). Semua borang ini serta salinan digital gambar yang diambil semasa program dihantar kepada penyelaras program bagi tujuan rekod.

 

Apa faedah menjadi sukarelawan?

 

Selain kepuasan melihat kegembiraan di wajah kanak-kanak dan ibubapa yang terlibat, sijil penyertaan akan diberikan kepada sukarelawan yang terbabit.

 

Bersedia untuk turut serta atau perlukan maklumat lanjut?

Sila hubungi penyelaras program Riang Ria Rabu

 Dr Azizah Othman: 09 7676532 azeezah@kk.usm.my

 Dr Surini Yusoff: 09 7676528 surini@kk.usm.my

 Sr Che Kamariah 09 767393  chekamariah@kck.usm.my 

 

 

 

Download Borang :

1. Borang Keizinan Ibubapa

2. Borang Kehadiran Sukarelawan

3. Borang Aktiviti

bottom of page