top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00
P1019085.JPG
P1019065.JPG
PEKA3.jpg
Poster PEKA 2024 (1)_page-0001.jpg

Pengenalan

 

Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia. 

(PEKA HUSM) satu badan NGO. 

​

Didaftarkan secara rasmi pada 3 Februari 2010.

 

Merupakan sebuah badan kebajikan yang diterajui oleh kakitangan HUSM untuk membantu pesakit kanak-kanak di HUSM dan meringankan beban pesakit dengan memberikan bantuan yang cepat, tepat dan tanpa banyak birokrasi.
 

 

 

Keahlian

Keahlian terbuka kepada kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 dan yuran tahunan sebanyak RM5.00 manakala untuk ahli seumur hidup RM100.00.

 

 

 

 

Jom DuitNow kepada PEKA HUSM

QR Code BSN PEKA.jpg

Trend sumbangan PEKA 

NEW!!

PIC GRAF PEKA.jpg

PEKA eShop

Now
Open

Poster peka eShop 2022.jpg

PEKA HUSM Social Media

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon

Objektif: 

 

 

1.  Membantu pesakit kanak-kanak di Hospital Universiti Sains Malaysia yang kurang       kemampuan dari aspek kewangan dengan kadar segera dan mudah.

 

2.  Mengumpulkan dana dari mana-mana sumber atau badan yang ingin memberi bantuan kepada pesakit kanak-kanak.

 

3. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menambahkan dana pertubuhan ini.

​

 

 

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Walaupun keahlian terhad kepada kakitangan Hospital USM, orang ramai yang prihatin dan berkemampuan dapat turut sama membantu pesakit kanak-kanak dari keluarga fakir/ /miskin/berpendapatan rendah yang memerlukan dan mendapatkan rawatan di Hospital USM,  atas nama 'Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM (PEKA)'

 

​

Bentuk Program Bantuan: 

​

1. Bantuan Kewangan Segera PEKA (BKS)

BKS merupakan bantuan One-off tanpa birokrasi kepada setiap keluarga pesakit yang dikenalpasti. Bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM200.00 bagi meringankan beban ahli keluarga semasa mendapat rawatan di Hospital USM. Bantuan boleh disalurkan melalui

akaun: Bank Islam Malaysia Bhd. :  0301 8010 1438 58.

 

2. PEKA Anak Angkat Kanser & Penyakit Kronik.

Program PEKA anak-anak kanser dan penyakit kronik merupakan program khas yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM (PEKA) bertujuan untuk mengumpul dana khas bagi tujuan berikut:

​

1. Sumbangan bulanan untuk pesakit miskin dan sukar untuk datang bagi mendapatkan rawatan di Hospital USM terutama bagi rawatan susulan (Program Anak Angkat).

​

2. Sumbangan one-off atau berkala yang akan dikumpulkan & digunakan untuk menanggung peralatan perubatan bagi pesakit yang memerlukan seperti Kemoport RM1000 seunit bagi setiap pesakit, pum suction pesakit paliatif di rumah, portable ventilator untuk kegunaan pesakit paliatif kanser dan pesakit kronik kanak-kanak. 

Bantuan boleh disalurkan melalui akaun:

             Bank Simpanan Nasional : 0300341000117950

 

Maklumat Lanjut :

​

Maklumat lanjut berhubung sumbangan, sila hubungi  

​

​

​

​

​

 

Dr. Mohd Hazman Kamaruzaman (Setiausaha PEKA)

Jabatan Pediatrik

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Universiti Sains Malaysia

Email : hazmankamaruzaman@usm.my  cc kepada  pekahusm@gmail.com

Dr Hazman.jpg

Atau :

​

​

​

​

​

 

Sister Tengku Yusriza Tengku Yusoff (Setiausaha II PEKA)

Wad 6 Utara (Onkologi)

Hospital Universiti Sains Malaysia

Email : yusriza@usm.my  cc kepada  pekahusm@gmail.com

WhatsApp Image 2024-09-19 at 9.10.47 AM.jpeg
bottom of page